Jumaat, 25 Mei 2012

Surat Terbuka Dr. Mazlee Malik pada Dr. Hassan Ali Al-Jati

Selepas debat PTPTN antara Rafizi dan Khairi, populariti moderator debat iaitu Dr. Maszlee Malik naik mendadak. Mungkin sebelum ini masyarakat umum ramai tidak mengenalinya tetapi selepas ini ramai yang menyebut-nyebut namanya sebagai seorang moderator yang berkaliber dan terus terang.

Akibat cabaran yang di lontarkan kepada najib dan Anwar sebagai penutup tirai debat tersebut, ramai pencacai United Malays National Organisation (Umno) tidak berpuas hati. Ini surat terbuka Dr. Maszlee Malik kepada Dr. Hassan Ali yang beliau tulis dalam blognya..

Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato' Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato' juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato' sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato' sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato' menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato' mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato' lemparkan kepada mantan parti Dato' sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato' di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato' yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.


 

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato' untuk menilai beberapa kenyataan Dato' dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato'. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato' mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato'.


 

Saya kira Dato' mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: 'Wacana Islam moderat yang segar'; Kesediaan 'perkongsian kuasa' (power sharing); dan juga 'pengaruh di kalangan rakyat' melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.


 

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik 'Dawlah Islamiyyah' (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam 'secara paksaan' seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).


 

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).


 

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep 'Negara Berkebajikan', PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato' merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato' tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato' dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi'i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?


 

Yakinlah Dato', sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato' pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato' menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.


 

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato' lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato' untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato' ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa'ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato' tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.


 

Apabila melihat kepada isu 'Negara Berkebajikan' pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen 'Negara Berkebajikan' PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan 'Negara Berkebajikan' merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual 'Negara Berkebajikan' yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato', malah dipandang sinis.


 

Melihat kepada isu hudud yang Dato' anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang 'discursive' PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui 'Kelab Penyokong PAS'.


 

Akhirkata, jika Dato' benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato' lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato'. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato' untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato' miliki. Mungkin juga Dato' boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato' sibuk dengan tugas exco, kini Dato' lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato' yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato' juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato' itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato' untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato' kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato' berdakwah seperti itu, Dato' akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai 'pejuang aqidah yang sebenar!'.


 

Dr Maszlee Malik

Ahli Akademik Politik Warga

UIAM

Khamis, 24 Mei 2012

Lancar Perisai Mujahidah pada Himpunan Hijau

Salmiyah Harun

Muslimat PAS seluruh negara digesa tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyemarakkan Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah pada 1 Jun ini.Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof
 berkata, Himpunan Hijau yang diadakan bagi menggantikan Muktamar Tahunan PAS mungkin himpunan terakhir sebelum turun ke pilihan raya umum nanti.Tegasnya,  Himpunan Hijau ini merupakan harapan parti agar sokongan dan dokongan ahlinya melaksanakan amanat serta menggembleng tenaga menuju ke Putrajaya."Kalau 28 April kita kuningkan Kuala Lumpur, pada 1 Jun ini kita hijaukan Kedah. Kita minta muslimat dan ahli parti datang beramai-ramai," katanya kepada Harakahdaily.


Malah, beliau juga menyifatkan himpunan itu nanti akan membuktikan sokongan rakyat kepada PAS sebagai penggerak perubahan."PASlah akan menjadi pemimpin untuk menggerakkan perubahan. Hijau lambang kesucian dan kemurnian. Jadi sama-sama kita membuat perubahan politik negara," jelas beliau.Justeru, dalam perhimpunan yang bakal mencatat sejarah itu, Muslimat PAS Pusat akan melancarkan sebuah buku berjudul 'Perisai Mujahiddah' yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Menurut Zailah, buku itu disusun khas buat jentera parti dengan pengisian doa-doa serta munajat sebagai bekalan pertahanan di masa depan.

Sementara itu, pihak penganjur kini sedang rancak melakukan persiapan untuk menerima kehadiran hampir 100,000 peserta ke program itu nanti.Malam tadi juga berlangsungnya mesyuarat penyelarasan bagi melihat keperluan yang perlu disediakan.Difahamkan setiap kawasan PAS dari seluruh negara akan menghantar 1000 wakil mereka ke program itu nanti.Program itu juga adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan tidak terhad kepada ahli PAS atau dewan himpunan PAS sahaja.Jam 4.30 petang bermula dengan 'Xpresi Anak Muda ke Putrajaya' di mana penceramah yang digilai anak muda hari ini Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan kuliah asar kemudian diikuti sketsa Belantan Pusaka Durjana.Sesi 'Munajat ke Putrajaya' dimana para peserta akan solat maghrib berjemaah, hajat dan munajat serta isyak berjemaah sebelum rapat umum diadakan
.

Bekas peguam cara II Nafi Sertai PAS

Assalamualaikum .. salam muhibbah 

 Bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden menafikan akan menyertai PAS bulan depan sebaliknya mempertahankan pendiriannya untuk kekal tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan politik."Tiada kebenaran (dalam cakap-cakap) saya akan menyertai politik atau PAS bulan depan, ekoran saya apolitikal dan tidak mempunyai sebarang pertalian politik."Seperti saya katakan sebelum ini, saya profesional dan akan terus berhujah di mahkamah." Sinchew Daily hari ini melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, Yusof akan menyertai parti itu dalam perhimpunan besar mereka "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di Alor Setar pada 1 Jun nanti.

Mahfuz bagaimanapun hari ini memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung kemasukan Yusof ke dalam PAS.Semalam, Yusof mencuri perhatian apabila mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dalam perhimpunan jalanan. Bekas orang nombor tiga dalam Pejabat Peguam Negara itu sebelum ini menyertai pasukan pendakwaan terhadap Anwar dalam perbicaraan kes 'liwat II'.Sementara itu, mengulas khabar angin berhubung hubungan tidak baiknya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Yusof berkata mereka berdua sebenarnya "sahabat baik".Katanya, mereka masih berkawan walaupun banyak kali mereka mempunyai perbezaan pendapat.Beliau semalam ketika ditemui selepas prosiding mahkamah berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Abdul dan beliau profesional sejak memilih bersara pada 1 Februari.~ Malaysiakini

NEGERI HANG TUAH SUDAH LAHIR HANG SAMSENG ?

Assalamualaikum .. salam muhibbah 

 Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi". "Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah."Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.

 Dalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa. "Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.

Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Perutusan Hari Guru Dari PENDIDIK

Assalamualaikum .. 
 Sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2012 ,Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin mengucapkan ”SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU” kepada warga pendidik di seluruh Malaysia. Warga pendidik yang dihormati. Sejarah telah membuktikan bahawa peranan guru dan pendidik amat besar dalam mengubah landskap politik negara sejak sebelum merdeka lagi yang membabitkan kelompok guru-guru pondok, guru-guru agama, guru-guru sekolah kebangsan Melayu dan sebagainya. 

Gerakan mereka berjaya memimpin massa menuntut kemerdekaan dan seterusnya mencorakkan masa depan pendidikan negara hingga sekarang. Namun kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba.

 Hal ini berasas kerana polisi ”trial and error” dan ”project based” yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan ’luka’ di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya. Antaranya isu PTPTN,PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara. 

 Kini, peluang untuk membetulkan keadaan ini telah dirintis menerusi penubuhan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK) yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air. Pelancaran NGO PENDIDIK yang telah melakar sejarah dalam persada pendidikan negara ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dewan Putra , Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor pada 12 Februari 2012 yang lalu.. Warga pendidik yang dihormati, Sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

 Justeru, satu wahana dan platform untuk para pendidik di seantero Malaysia telah diwujudkan untuk menyalurkan aduan, pandangan serta luahan demi memperkasakan pendidikan tanah air disamping tidak meminggirkan hak dan kebajikan para pendidik dalam memacu halatuju pendidikan negara. Sudah pasti NGO PENDIDIK ini berfungsi sebagai entiti yang menggalas tugas profesional dalam kerjaya pendidikan akan berkhidmat berteraskan prinsip Takwa, Iman dan Ihsan selain konsisten dalam memperjuangkan keadilan sejagat, kebajikan, maruah guru dan maruah profesion pendidikan negara. Semoga Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) akan menjadi wadah yang tersohor, dan karismatik dalam memperjuangkan martabat, nasib, dan dinamika profesion keguruan agar terus dihormati dan menjadi ikon kebanggaan masyarakat pendidik. 

 Seketariat Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mengharapkan agar semua para pendidik yang pernah menjadi mangsa ’tekanan politik’ atau ’mangsa pertukaran akibat dendam politik’ mengikut prosedur yang tidak betul sangat dialu—alukan untuk menyalurkan aduan ke alamat email ; aduanpendidik@gmail.com . Platform ini akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara di samping meramaikan kelompok profesional yang bakal mewarnai persada pendidikan negara ke arah menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti demi melahirkan modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji. Mutakhir ini masih ada lagi warga pendidik yang pernah menjadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan ’atas keperluan perkhidmatan’. 

Apa yang berlaku sebaliknya adalah ramai di kalangan warga pendidik telah ditukarkan hanya kerana ’dendam politik’ dan ’tekanan politik’ dari pimpinan UMNO Barisan Nasional. NGO PENDIDIK mengharapkan agar semua warga pendidik di seluruh Malaysia tampil untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman tentang kezaliman yang telah dilakukan sejak 54 tahun oleh UMNO Barisan Nasional sehinggalah kini. Jadi sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

 Dalam waktu terdekat,’Roadshow NGO PENDIDIK ’ akan dilaksanakan akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan kebangkitan guru di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua para pendidik , NGO PENDIDIK berharap akan dapat menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana di samping memaksimumkan penerangan, perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah diwujudkan.Ia juga diharapkan dapat menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara. Akhir kata , Selamat Menyambut Hari Guru 2012 . 

Dengan tema yang dipilih oleh NGO PENDIDIK pada tahun ini ”BANGKIT GURU MEMIMPIN PERUBAHAN”

 Daripada : Pn. Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala). 
Presiden Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK).

Sabtu, 5 Mei 2012

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Jasin kali ke 45

Assalamualaikum .. salam muslimat


Hari ini  berlangsung Mesyuarat Agung Pas Kawasan Jasin Bertempat di kompleks Pas Kawasan Jasin . Program telah selamat disempurnakan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik dan bermula jam 9.00 pagi. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan kepada semua ahli untuk melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan dan kejayaan terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 13 yang bakal dilaksanakan bila-bila masa. Beliau juga turut mengingatkan agar senantiasa berhati-hati dengan setiap provokasi yang dirancang dan dilakukan oleh pihak lawan. 

Bako Jangan Tak Bako ..

Assalamualaikum .. 



Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.

Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.

Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.

Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.

Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.

Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.

“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.

Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.

Jom Kita Ramaikan

Selasa, 1 Mei 2012

Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka

Assalamualaikum .. salam muslimat

Pada pagi tadi telah berlangsungnya Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka bertempat di Dewan SMA Ar Rahmah, Solok Gaung Ayer Molek Melaka. Muktamar kali ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari dan turut dihadiri perwakilan dewan muslimat dari seluruh Negeri Melaka. 




Khamis, 5 April 2012

ISU VIDEO MURTAD : PAS TAK LEPAS TANGAN

Assalamualaikum .. salam muslimat

Pas tidak melihat pendedahan video murtad dibuat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin sebagai satu konspirasi menjatuhkan parti itu memandangkan isu dibangkitkan langsung tidak memberi kesan memandangkan ia bukan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak mahu isu murtad dijadikan bahan polemik, tetapi melihat sebagai perkara serius yang merupakan tanggungjawab bersama bagi menangani sebarang perkara berkaitan akidah orang Islam.

“Tindakan Hasan itu tidak memberi kesan memandangkan selama ini Pas tidak lepas tangan menangani isu murtad yang dianggap perlu ditangani bersama secara tegar.

“Sepatutnya beliau tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan sebarang tindakan memandangkan rakaman tersebut dikatakan berlaku sekitar 2002 lagi.

“Pada ketika itu Hasan merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, jadi dia mempunyai kuasa bertinda,k namun mengapa baru sekarang ingin membuat tindakan sebegini,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, justeru tindakan Hasan telah menampakkan kelemahan kepimpinannya ketika itu, yang tidak mampu menangani perkara tersebut.

“Sepatutnya melalui pengakuan tersebut Hasan bertindak dengan segera bersama pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

“Melalui rakaman tersebut mereka sudah boleh memanggil mereka yang terlibat untuk disoal siasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan tepat.

“Bukan dengan mencari jalan menunggu masa sesuai melakukan pendedahan lisan yang boleh mencetuskan kekeliruan,” katanya.

Beliau menegaskan, Hasan perlu membuat laporan di Jabatan Perdana Menteri dan mengambil tindakan susulan berkaitan isu ini.

“Perkara ini perlu ditangani dengan cara betul dan bukannya membangkit isu yang boleh diprovokasi. Banyak lagi perkara yang turut dipandang serius dalam usaha memansuhkan perkara murtad.

“Sebagai contoh, Orang Asli yang sudah memeluk Islam kembali kepada ajaran mereka, pengikut ajaran sesat dan banyak lagi,” katanya.

Rabu, 4 April 2012

Dikhabarkan 3 Artis Wanita Ni Sudah Murtad

Assalamualaikum .. salam muslimat

Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu “Kekasih Yang Tak Dianggap” itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje.
Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
“Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.
Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.
Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu. Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.
Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,”kata Happy.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Sabtu, 17 Mac 2012

Takziah Buat Keluarga Allahyarhamah Dr Rosnah

Assalamualaikum .. salam muslimat


Takziah kepada keluarga Dr Abdul Halim B Hj Ramli (mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) atas pemergian isterinya, Dr Rosnah ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi tadi akibat kanser.Dr Abdul Halim B Hj Ramli telah bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-10 dan ke-11.


Beliau bertanding di N.24 DUN Serkam pada 1999 menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu Ahmad Bin Hamzah. Pada tahun 2004 pula beliau bertanding menentang calon Barisan Nasional iaitu Datuk Wira Amid Bin Nordin di DUN Telok Mas.

Beliau merupakan seorang doktor.

Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan.

Satu Kerja Tapi Nak Gaji Minimum Rm 700 ?

Assalamualaikum .. salam muslimat

Perjanjian baru untuk kerja, gaji dan upah lebih masa amah Indonesia telah dibantah oleh beberapa kumpulan di Malaysia, megikut laporan media tempatan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan agar menilai kembali keputusan berkenaan amah dari Indonesia hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata ketetapan tersebut akan menimbulkan kesukaran dan membebankan pihak majikan di Negara ini.

“MBM melihat hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia seperti berat sebelah dan banyak menguntungkan amah, sebaliknya membebankan pihak majikan.

“Dalam tempoh jangka panjang, MBM berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja Indonesia,” katanya dalam kenyataan semalam yang dipetik dari Bernama Online.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk beralih kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia kepada negara-negara lain yang bersesuaian dan tidak mengenakan syarat ketat.

Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa penetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan sahaja tidak adil malah membebankan majikan.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, penetapan itu juga akan menyebabkan pembaziran tenaga yang serius jika dilaksanakan.

“Kami terkejut dengan keputusan yang tidak masuk akal ini. Adakah majikan perlu menggaji sehingga tiga atau empat amah untuk menjalankan tugas memasak, mengasuh bayi dan mengemas rumah?’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, semalam yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Dari Jakarta, Bernama melaporkan Majikan Malaysia perlu membayar upah lebih masa RM27 sehari bekerja jika memerlukan khidmat pembantu rumah Indonesia pada hari cuti rehat mingguan mereka.

Jika mereka bekerja penuh sebulan tanpa mengambil cuti mingguan, bererti majikan perlu membayar upah lebih masa berjumlah RM108, sebagai tambahan kepada gaji bulanan mereka. kata Dr Reyna.

Beliau berkata mesyuarat Pasukan Petugas Bersama (JTF) Indonesia dan Malaysia menetapkan tangga gaji pembantu rumah Indonesia antara RM600 dan RM800 sebulan namun JFT Indonesia tetap berjuang menetapkan upah minimum RM700.

Dalam satu temu ramah dengan media Malaysia di sini, Reyna berkata pembantu rumah Indonesia yang akan mula dikirim ke Malaysia bulan depan akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Sebagai contoh jika seorang pembantu rumah digaji sebagai pengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Kesepakatan JTF menetapkan bahawa amah Indonesia mesti mengikut latihan kemahiran dalam empat bidang iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.

Sebelum dihantar ke Malaysia, pembantu rumah terbabit diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 200 jam yang mengambil masa 21 hari.

Siap Siaga : PRU 13 di ramal awal Jun 2012

Assalamualaikum .. salam muslimat

Agensi berita perniagaan dalam talian, Bloomberg mendapat maklumat terbaru sumber yang rapat dengan Putrajaya bahawa Najib Altantuya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada akhir Mei sebelum pilihanraya umum bakal diadakan pada 3 Jun 2012.

Tarikh tersebut cuma sehari selepas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung setiap Sabtu minggu pertama dalam bulan Jun setiap tahun.

Bloomberg juga mendapat maklumat dewan awam dan dewan serbaguna di seluruh negara telah dibekukan permohonan dari mana-mana pihak bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan pusat penjumlahan undi.

Najib Altantuya dijangka akan mengumpulkan seramai 4,000 pemimpin akar umbi Wanita Umno-APCO pada 26 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menjelaskan serta menyejukkan hati mereka susulan dari tempoh penggal sebagai Senator Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil tidak disambung dalam kerajaan sebagai menteri.

Spekulasi terus tersebar dengan Putrajaya dijangka akan membuat keputusan beberapa lagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal seperti Zahid Hamidi dan Jamil Khir Baharom akan dijadikan sebagai kambing hitam bagi "membersihkan" Umno-APCO bagi melonjakkan popularitinya menjelang pilihanraya dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Bagan Datoh telah mula berasa bakal diketepikan susulan kegagalannya mencabar keputusan mahkamah siang tadi manakala Jamil Khir pula dengan skandal penyalahgunaan wang zakat sehingga RM3 juta bagi membantu kempennya di parlimen Baling dan juga bersekongkol dengan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali menggunakan dana zakat bagi menghalang tuntutan qazaf yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan juga, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin juga akan digugurkan dari bertanding bagi kerusi parlimen Bachok dan akan digantikan dengan salah seorang pegawai khas Najib Altantuya bagi membolehkan Umno-APCO Kelantan mencabar kedudukan Kerajaan PAS Kelantan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, lebih separuh daripada penyandang jawatan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada muka baru termasuklah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin.

Sumber-sumber terbaru mengenai berita berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Zina Suka Sama Suka : Polis Tanggung Dosa SeMalaysia

Assalamualaikum .. salam muslimat

Perbuatan tidak bermoral. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kegiatan seorang remaja perempuan yang sanggup menyerahkan tubuhnya hanya untuk mendapatkan tambah nilai prabayar (top-up).


 Illustrasi hiasan

Sinar Harian difahamkan, modus operandi digunakannya adalah dengan cara berbaik dengan pekerja di stesen minyak yang bertugas hampir setiap malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya.

“Dia juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, dari siasatan dijalankan mendapati remaja itu tidak bersekolah atau bekerja dan sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak pada awal pagi.

“Dia juga akan diberi gula-gula getah secara percuma selepas memberikan layanan seks. Kes ini terbongkar apabila pengusaha stesen minyak sering mengalami kerugian di antara RM400 hingga RM500 sebulan melalui mesin penambah nilai prabayar di stesen minyak setiap bulan,” katanya.

Ghuzlan berkata, polis boleh membuat siasatan terhadap perlakuan pecah amanah yang dilakukan pekerja itu kerana memberikan tambah nilai prabayar secara percuma kepada remaja terlibat sekiranya ada laporan polis dibuat.

“Walaupun kesal melihat anak muda menjual maruah sebegitu rupa, namun disebabkan remaja terbabit bukan di bawah umur, perlakuan seks yang dilakukan dianggap sebagai suka sama suka. Melainkan remaja itu membuat laporan polis di mana petugas stesen minyak itu bertindak kasar atau cuba merogolnya, maka kes ini diklasifikasikan sebagai rogol,” katanya.

Ribuan Hadir Ceramah Najib di Pekan ?

Assalamualaikum ..

Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.


Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas bloger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir.


Antara muka samseng Umno kawasan Najib, bebudak terencat akal
“Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu.

“Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu,” ujarnya kesal.

Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno.

Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini.

“PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku.


Ini hadirin ceramah anjuran Pakatan Rakyat, bandingkan dengan ceramah Umno
“PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik.

“Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu,” jelasnya.

sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat.

Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri.

Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali. ~harakahdaily

Addin :
Umno seluruh Malaysia dan berjangkit dengan penyakit sakai Umno Melaka pimpinan Ali Rustam..

Credit to : Addin 

Khamis, 16 Februari 2012

Berhijab Tak Halang Bersukan

Assalamualaikum .. salam muslimat


Bersukan tidak menghalang untuk kita menutup aurat. Masalahnya diri sendiri yang sengaja mahu melanggar perintah Allah. Ada yang fesyen rambut kembang, fesyen botak dan sebagainya semata-mata untuk menayangkan 'kecantikan' kepada orang lain (wanita la....lelaki tak pa).Contohi atlet bola tampar Iran ini yang tetap memelihara aurat mereka walaupun bertanding di pentas sukan.

Khamis, 2 Februari 2012

ROSMAH JADI BUDAK SURUHAN RAJA REZZA SHAH ?

Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah melalui kenyataan beliau di media berhubung dakwaan perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Australia adalah jawapan melepas diri semata-mata bagi mengelak lebih banyak spekulasi buruk menimpa isteri Perdana Menteri itu. Menurut kenyataan Raja Rezza Shah, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa ramai pihak, sebaliknya pakaian yang dibeli adalah stok untuk bekalan sebuah kedainya di London.

DPPM menganggap jawapan yang diberikan oleh Raja Rezza Shah adalah jawapan lucu dan pelik. Beliau turut mengakui mengikuti rombongan Perdana Menteri dan isterinya ke Australia dalam kenyataannya itu. Persoalannya, bagaimana Raja Rezza Shah mendapat suatu keistimewaan boleh bersama-sama rombongan Perdana Menteri dan isteri ke Australia dalam suatu urusan kerajaan. Apa kelebihan beliau kepada Perdana Menteri sehingga beliau turut diundang bersama dalam rombongan tersebut?

Persoalan kedua, bagaimana Datin Seri Rosmah boleh 'menolong' membeli 61 helai pakaian bagi pihak Raja Rezza Shah untuk stok kedainya di London. Seolah-olah Datin Seri Rosmah menjadi 'budak suruhan' Raja Rezza Shah untuk membeli pakaian di butiknya. Begitu hebatnya beliau sehingga boleh 'mengarah' atau 'meminta tolong' Datin Seri Rosmah membeli 61 helai pakaian untuk stok di kedainya?

Jika beliau menyatakan pembelian tersebut adalah untuk stok butik kedainya di London, ini menunjukkan beliau menggunakan kepentingan peribadi melalui kabel politik pemimpin besar negara. Bagi DPPM, beliau tidak sepatutnya dibenarkan mengiringi rombongan PM dan isteri ke Australia kerana tujuan lawatan itu adalah kerana urusan rasmi kerajaan, sementara beliau menggunakan kesempatan rombongan ini untuk meraih kepentingan peribadi.

Selain itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkali-kali menafikan membuat pembelian tersebut dan menganggap ia sebuah fitnah yang direka-reka. Sedangkan penjelasan Raja Rezza Shah mengesahkan pembelian 61 helia pakaian itu benar-benar dibuat.  Mengapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak mengakui lebih awal atau terus meminta Raja Rezza Shah menjawab bagi pihaknya? Sudah hampir dua minggu tohmahan itu berlegar di kalangan rakyat, baru sekarang penjelasan diberikan.

Jawapan Raja Rezza Shah bukan meleraikan dakwaan 'pemborosan wang di luar negara' Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya lebih menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah. Lebih banyak penjelasan dituntut dari isteri PM itu berhubung rombongan beliau itu.

 
 

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

KEMBALINYA ULAMAK TERSOHOR

Jam 4 pagi tanggal 7 Mac 2008 suara Ustaz Hussin Ibrahim Masri membaca surah memulakan program munajat masih diingati sampai ke hari ini.Ketika itu padang Stadium Sultan Mohammad Ke IV penuh sesak. Program bermunat terbabit diadakan sehari sebelum pilihan raya umum ke-12 berlangsung.Ia dianjurkan Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan. Hari ini Ustaz Hussin sudah tiada lagi. Beliau dipanggil mengadap penciptaNya pada petang 28 Januari lalu.Arwah menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas di Lati, tidak jauh dari rumahnya di Pondok Lubuk Tapah.

Sebelum itu pada sebelah pagi Allahyarham menghadiri Ijtimak Dewan Ulamak PAS Kelantan di Madu, Machang.Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, keluarga Ustaz Hussin membawanya ke hospital selepas beliau mengadu sesak di dada."Bagaimanapun sebaik tiba di hospital beliau didapati sudah pergi meninggalkan kita semua. Dewan Ulamak PAS Kelantan amat terasa sekali kehilangan arwah."Beliau merupakan tempat rujukan berkaitan dengan agama. Ilmunya mendalam mengenai Fiqah dan Aqidah kerana begitu lama menekuni ilmu di Mekkah dan Kaherah," katanya di sini.

Allahyarham Ustaz Hussin bekas Adun Bukit Tuku pada 1990. Pernah bertanding kali kedua di Dun sama pada 2004 bagaimana pun gagal mempertahankan Dun terbabit.Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1940 mendapat pendidikan awal di sekolah agama rakyat pada 1952. Kemudian pada 1962 mendalami ilmu agama di Pondok Lubuk Tapah.Pada 1980 mendapat Diploma lanjutan pengajian Islam di Universiti Al Azhar.Sekembali dari Mesir mengajar di Pondok Lubuk Tapah membantu bapa saudaranya, Allahyarham Tuan Guru Abdullah Yusof.Pada 1995 beliau dilantik sebagai Pengelola Dakwah Halaqat Rantau Panjang, selepas tidak bertanding pada pilihan raya umum 1995.Beliau juga Bendahari Dewan Ulamak PAS Kelantan sehingga sekarang. Pada sesi 2003-2005 arwah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Rantau Panjang.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Marjam Salleh dan enam anak. Seorang anaknya Ibrahim Hussin Ibrahim kini Presiden Majlis Perwakilan Pelajar di USIM.Abdullah berkata, PAS Kelantan begitu terasa kehilangan arwah memandangkan beliau seorang tokoh yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama dan istiqomah dalam perjuangan.Jenazahnya kini disemadikan di Tanah Perkuburan Islam tidak jauh dari Pondok Lubuk Tapah.

Selasa, 24 Januari 2012

Bila Ikhwan kuasai Parlimen Mesir …

Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar. 

- As-Syahid Syed Qutb


Selepas 46 tahun pujangga dan sasterawan ulung as-syahid Syed Qutb melakarkan syairnya di sebalik jeriji besi penjara, kini gerakan Islam di Mesir yang diterajui Ikhwan Muslimin sedang bergerak merebut kemenangan bagi seluruh rakyat Mesir.Kemenangan besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie, menerusi Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan atau Freedom and Justice Party - FJP) dan parti-parti gabungannya dalam Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar kepada landskap politik di negara-negara Arab.

Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam, sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus Ikhwan.

Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi.

Sementara 18 lagi kerusi Parlimen sedang menanti untuk diadakan pilihan raya dalam masa terdekat.Secara keseluruhannya FJP mendapat 13 juta undi, Parti Nur Salafi dengan 7 juta undi dan golongan sekular mendapat 5 juta undi. Gabungan golongan Islam FJP dan Salafi mencatatkan undi keseluruhan 20 juta undi.Dengan kemenangan besar ini, sudah pasti FJP iaitu parti tajaan Ikhwan akan menerajui Kerajaan Mesir. Sementara dalam tempoh peralihan ini (selepas Mubarak dijatuhkan) sehingga kerajaan baru mengangkat sumpah, khususnya tugas-tugas mentadbir masih lagi di bawah tugasan tentera.Ikhwan menerusi FJP akan menjadi peneraju utama untuk menggubal Perlembagaan baru Mesir. Dalam perlembagaan baru yang bakal digubal nanti, akan ditetapkan sama ada kuasa pemerintahan akan diserahkan kepada Parlimen, atau kepada Presiden.

Penggubalan Perlembagaan sudah dipersetujui untuk diserahkan kepada Parlimen yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir menerusi pilihan raya yang adil dan bebas.Perlembagan ini digubal kerana, sebelum ini Mesir diperintah secara diktator oleh Mubarak. Pada zamannya Parlimen hanya diberi kuasa sebagai legislatif, tetapi hak mutlak administratif dan eksekutif di bawah kuasa penuh Presiden.Pengubalan Perlembagaan ini juga akan menentukan terma-terma pembahagian kuasa antara Parlimen dan Presiden. Apa pun Perlembagaan baru Mesir akan disiapkan sebelum Pilihan Raya Presiden Mesir yang dijangka akan diadakan awal Jun depan.Sebagai langkah peralihan kuasa, Perdana Menteri (sementara), Dr Kamal Ganzouri mengadakan perbincangan dengan Presiden FJP Dr Mohamed Morsi dan Setiausaha Agung FJP, Dr Mohamed Sa'du Katatni.

Dalam pertemuan itu Dr Morsi menegaskan bahawa agenda utama yang menjadi fokus FJP untuk digubal Perlembagaan Mesir adalah, mengutamakan kepentingan rakyat termiskin. Pada pertemuan itu Dr Morsi menegaskan,"Keutamaan kami (FJP) adalah untuk mencapai kestabilan dan harmoni untuk kepentingan seluruh rakyat Mesir."Untuk itu, saya menekankan peri pentingnya kerjasama semua golongan dalam masyarakat, terutamanya golongan pasca revolusi yang menguasai Parlimen yang bakal dibentuk. Buat pertama kalinya dalam dekad ini (Parlimen) akan mewakili kepentingan seluruh rakyat Mesir."

Dalam langkahnya bertahaluf siyasi dengan pelbagai golongan untuk mencapai kestabilan politik dan keharmonian rakyat, FJP mencalonkan Setiausaha Agungnya sebagai calon Speaker Parlimen, yang merupakan jawatan yang mempunyai kuasa besar di dalam sistem demokrasi berpresiden.Selain Dr Sa'du Katatni, FJP juga mengumumkan akan menyokong seorang wakil Parti Nur Salafi (golongan Islam) dan wakil Parti Wafdu yang berhaluan sekular sebagai Timbalan Speaker.Dr Katatni bukannya calang-calang orang. Beliau merupakan antara seorang pejuang Ikhwan yang ulung. Di zaman diktator Mubarak, beliau dipenjarakan dan diseksa bersama dengan Dr Mohamed Morsi dan Essam El-Erian.

Dr Katatni merupakan sarjana Phd dalam jurusan sains yang pernah bertugas sebagai Profesor, mengajar subjek mikro biologi dalam bidang botani di Universiti Minia. Kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1994-1998.Beliau juga memperolehi ijazah dalam bidang Pengajian Islam di bawah Fakulti Sastera pada tahun 2000. Selain itu beliau merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pengajar Universiti berkenaan.Selain pengalaman politik, pengamalan Dr Katatni dalam bidang akademik sangat hebat. Sepanjang kariernya, beliau mengawasi lebih 21 kajian untuk pemegang Master dan Phd dalam hal ehwal botani selain menulis 36 kajian, di mana beliau menjadi Pengerusi Persatuan Saintis di Minia.Katatni menceburi bidang politik selepas menyertai Ikhwan Muslimin. Beliau bertanding dalam pilihan raya umum Mesir pada tahun 2005 dan menang mewakili daerah Minia.Di dalam Parlimen (pada zaman Mubarak) Dr Katatni merupakan Ketua Whip Parlimen Ikhwan sebelum disumbat ke dalam penjara oleh rejim Mubarak. Justeru pelantikan Dr Katatni sebagai calon Speaker dari FJP berdasarkan pengalaman yang luas serta sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dan politik di Mesir.

Tidak dinafikan bahawa perhatian dunia khususnya golongan Barat tertumpu ke Mesir pada waktu ini. Wakil-wakil Barat saban hari mengunjungi Ibu Pejabat Ikhwan di Jabal Muqattam dan pejabat FJP di Manial al-Roda.Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter turut berkunjung. Beliau menemui Mursyidul Am, Dr Badie. Manakala Timbalan Setiausaha Luar Amerika, William Branze menemui Presiden FJP, Dr Morsi.
Malah dalam pertemuan berasingan Duta Besar British ke Mesir, James Watt menegaskan pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan bagi memulihkan ekonomi Mesir.Kemenangan Ikhwan menerusi FJP turut menarik perhatian diplomat German. Dalam satu artikelnya dalam akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung, Menteri Luar German, Guido Westerwelle membicarakan tentang peranan parti-parti politik Islam yang sedang membuat perubahan kepada landskap politik di negara Benua Afrika Utara dan dunia Arab yang disifatkan sebagai Arab Spring.

Westerwelle berpendapat, perubahan besar yang melanda negara-negara seperti Tunisia, Maghribi, Libya dan Mesir terutamanya, masih berhadapan dengan beberapa ancaman, antaranya pada saat kritikal peralihan kuasa dari rejim lama kepada kerajaan baru. Selain itu, Arab Spring menghadapi cabaran besar untuk memulihkan ekonomi kerana rakyat di kebanyakan negara terbabit berada dalam belengu kemiskinan."Kita harus membantu proses transisi di utara Afrika dan dunia Arab dalam bentuk politik dan ekonomi. Menerusi pelaburan, kerjasama pendidikan dan pasaran terbuka. Kita boleh bantu menaiktarafkan prospek ekonomi rakyat dengan memberikan peluang yang lebih kepada mereka untuk mendapat kehidupan yang selesa," ujar Westerwelle.